seminggu di tempat baru.
aku sukakan suasananya. takde sesiapa yang kenal maka takde sesiapa yang cuba buat buat kenal. aku rasa cukup selesa. aku berpeluang menjadi aku.
oh ya, masa mula mula melangkah masuk je dalam ruangan itu, rongga pendengaran ini halus diketuk dengan ayat ayat suci AlQuran. beralun mengisi segenap pelusuk yang ada. meskipun perlahan namun bisanya mampu membuat aku rasa tenang dan aman.
jarang betul ada syarikat yang sebegini rupa. mungkin ada, tak cukup ilmu untuk aku menafikannya. mungkin juga sebagai satu sindiran. diberi kesedaran, terasa lama kitab Dia aku tinggalkan.
yang keduanya.
mereka baik dengan aku. baik sangat. walaupun tidak berpaksi pada latar belakang yang kuat dan dikenali masyarakat tapi aku kagumkan kesungguhan dan semangat mereka.
semangat anak melayu untuk terus memacakkan kebanggaan yang sekian lama di warisi zaman berzaman. meskipun berlesenkan bumiputera tapi itu bukan petanda bahawa mereka berkompromi dalam soal kemasyarakatan.
mereka tetap bergaul dengan mereka yang berlainan warna kulit dan pegangan.
ini rezeki. biarpun sederhana sejak dari dulu lagi, ini datangnya dari Tuhan. siapa aku untuk menolak dan membuat penilaian. aku tetap bersyukur walau apapun yang aku dapat, walau apapun yang telah ditakdirkan. aku akan cuba untuk terus praktikkan. segala bentuk nilai positif yang dikurniakan.
2 hantu meracau mintak mamee di malam hari:
dah start praktikal nampaknye.. kat mane r tu ye.. ape pun.. wat yang terbaik.. praktikal rajin2 =)
dekat dekat dengan klcc.
abah dia jauh betei. wakaka tapi sini besttt! :D
Post a Comment